Wednesday, August 21, 2013

Warna Dalam Quran


Warna merupakan salah satu nikmat Allah swt yang paling indah dan menakjubkan. Setiap benda samada bernyawa atau tidak, mempunyai warna, dan adalah dipercayai bahawa terdapat 6,666 jenis warna yang berlainan, sama dengan bilangan ayat dalam al-Quran. 

Warna yang paling luas kelihatan ialah warna langit yang biru, warna daun, bunga dan pokok-pokok yang sebahagian besarnya terdiri dari pelbagai warna hijau, merah, ungu, kuning, jingga dan biru.

Di dalam al-Quran juga disebut tentang warna, dan ini jelas menunjukkan bahawa warna ada keistimewaan dan rahsianya tersendiri. 

Di antara ayat-ayat yang menyebut kalimah warna (alwaan) adalah seperti berikut:



Surah An-Nahlu ayat 13 yang bermaksud:
dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.




Surah An-Nahlu ayat 69 yang bermaksud:

kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)". Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.


Surah Ar-Ruum ayat 22 yang bermaksud: 


Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu, dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.








Ayat-ayat yang menyebut warna-warna secara spesifik 

Surah Al-Baqarah ayat 69 yang bermaksud:
Mereka berkata, "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan kepada kami apa warnanya." Dia (Musa) menjawab, "Dia (Allah) berfirman bahawa (sapi) itu adalah sapi betina yang kuning tua warnanya, menyenangkan orang-orang yang memandang(nya)."




Surah Yasiin ayat 80 yang bermaksud:
yaitu (Allah) yang menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka seketika itu kamu nyalakan (api) dari kayu itu.



Surah Fathir ayat 27 yang bermaksud:

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.





Surah Fathir ayat 28 yang bermaksud:
Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa, dan haiwan-haiwan ternak ada bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah para ulama'. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri.

Surah Az-Zumar ayat 21 yang bermaksud:

Apakah engkau tidak memerhatikan bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal sehat.  




Surah Ar Rahman ayat 64 yang bermaksud:
Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.

Surah Al-Mursalat ayat 32-33 yang bermaksud:
Sungguh , (neraka) itu menyemburkan bunga api (sebesar dan setinggi) istana,
seakan-akan iring-iringan unta yang kuning.







Bismllahirrahmanirrahim.